Page 5 - Microsoft Word - KERTAS KERJA AGAMA.docx
P. 5
SITUASI 1
Situasi 1: Menunjukkan seorang ustaz menegur seorang mat rempit yang berada di
hadapan masjid tetapi tidak menunjukkan sikap menghormati ketika azan sedang
berkumandang.
Situasi ini menceritakan tentang ustaz itu menegur seorang anak muda
tentang sikapnya yang kurang didikan itu. Ustaz itu pada mulanya pergi berjumpa
dengan pemuda itu lalu memberi salam kepadanya. Ustaz itu lalu menegur pemuda
itu dan bertanya kepadanya adakah dia mengetahui tentang hukum membawa
perempuan bukan mahram bersama dengannya di atas motosikal. Tetapi kehadiran
ustaz itu tidak diterima dengan baik oleh dua anak muda tersebut. Pemuda itu
mengatakan bahawa ustaz itu tidak perlu mengambil tahu tentang hal orang lain dan
hanya perlu menjaga halnya sendiri. Pemuda itu juga mengatakan bahawa kubur
yang akan didiami mereka nanti adalah kubur masing-masing. Pemuda itu juga
mengatakan bahawa berpelukan dan membonceng motosikal bersama adalah hak
dirinya sendiri dan ustaz itu tidak ada hak untuk menghalangnya berbuat sedemikian.
Pemuda itu pun berlalu pergi begitu sahaja.
Setelah mendapat maklumbalas sebegitu daripada pemuda itu, ustaz itu
merasakan bahawa dia kecewa dengan sikap anak-anak muda sekarang yang sukar
untuk menerima teguran dan dakwah daripada para ulama. Ustaz itu juga
menyatakan bahawa itulah cabaran-cabaran dakwah yang perlu dihadapi oleh
pendakwah dan para ulama pada masa kini. Dakwah ini di panggil Dakwah Fardiah

