Page 7 - Microsoft Word - KERTAS KERJA AGAMA.docx
P. 7

4.  Dakwah bil-Haal

                         Dakwah  bil-Haal  adalah  dakwah  menunjukkan  perbuatan  nyata.  Hal  ini
                         dimaksudkan  agar  si  penerima  dakwah  (al-Ma’ulah)  mengikuti  jejak  dan

                         perbuatan  Dai’  (jurudakwah).  Dakwah  jenis  ini  mempunyai  pengaruh  yang

                         besar  pada  diri  penerima  dakwah.  Pada  saat  pertama  kali  Rasullullah  SAW
                         tiba  di  kota  Madinah,  beliau  menggunakan  dakwah  bil-Haal  ini  dengan

                         mendirikan  masjid  Quba  dan  mempersatukan  Kaum  Ansar  dan  Kaum

                         Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islam.


                      5.  Dakwah bit-Tadwin
                         Memasuki zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin

                         (dakwah melalui tulisan) seperti menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah,
                         internet, Al-Quran dan tulisan-tulisan yang mengandungi pesanan dakwah

                         yang penting dan sangat efektif. Kelebihan cara dakwah ini adalah tidak akan

                         musnah meskipun dai’ atau penulisnya sudah meninggal dunia. Sebagai
                         contoh, dakwah bit at-Tadwin ini Rasullullah SAW bersabda, “Sesungguhnya

                         nukilan para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada.


                      6.  Dakwah bil-Hikmah
                         Dakwah bil-Hikmah merupakan penyampaian dakwah dengan cara yang yang

                         benar dan bijak ,iaitu melakukan pendekatan sedemikian sehingga pihak

                         penerima dakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemahuannya sendiri,
                         tidak rasa terpaksa, tekanan mahupun konflik. Dengan kata lain, dakwah bil

                         Hikmah merupakan suatu pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan
                         atas dasar pujukan.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12