Page 8 - Microsoft Word - KERTAS KERJA AGAMA.docx
P. 8

SITUASI 2



                  Situasi 2: Menunjukan seorang cikgu menegur pelajarnya yang datang ke sekolah

                  dengan berpakaian kurang sopan.





                         Situasi ini menceritakan tentang seorang cikgu menegur pelajar yang datang
                  sekolah dengan berpakaian kurang sopan. Pada mulanya cikgu tersebut ternampak

                  pelajar itu berkeliaran di hadapan kelas dan terus menyapa pelajar tersebut dengan
                  bertanya kenapa berpakaian sebegitu ke sekolah. Tetapi soalan cikgu tersebut tidak

                  diendahkan  sedikit  pun  oleh  pelajar  tersebut.  Setelah  itu,cikgu  menegur  pelajar
                  tersebut dengan menyuruh labuhkan tudung dan sebagaianya. Tetapi ia tetap tidak

                  mengendahkan kata-kata cikgu tersebut. Malah pelajar tersebut pergi meninggalkan

                  cikgu  itu  tanpa  berkata  apa-apa  bersama  rakannya.  Oleh  kerana  teguran  cikgu
                  tersebut  tidak  diendahkan  maka  rakannya  memberi  nasihat  supaya  dia  berpakaian

                  sopan ke sekolah.




                         Setelah  menasihat  pelajar  tersebut  cikgu  itu  berasa  sangat  kecewa  kerana

                  teguran dan nasihat beliau tidak diendahkan sedikit pun oleh pelajar tersebut. Cikgu

                  itu  menyatakan  bahawa  itulah  cabaran-cabaran  dakwah  yang  perlu  dihadapi  oleh
                  pendakwah atau sebagai seorang guru di sebuah sekolah pada masa kini. Dakwah

                  ini  dipanggil  Dakwah  Fardiah  kerana  dakwah  tersebut  disampaikan  secara  tidak
                  formal dan ditujukan kepada individu tertentu secara terbatas.





                  	
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13