Page 26 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 26
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
18.7. Cadangan beliau telah disokong oleh Tuan Sr Ab. Aziz bin Jusoh,
Tuan Sr Mustapha bin Mohamed, Tuan Sr Haji Mohd Shakir bin
Hamid, Tuan Sr Rodzi bin Abu Bakar, YBhg. Datuk Sr Dr. Kadir
bin Taib dan Tuan Sr Haji Abd. Rahman bin Mohd Don.
Keputusan: -
Mesyuarat sebulat suara bersetuju nama-nama berikut dilantik
menjadi Anggota Lembaga bagi sesi 2021/2022 iaitu;
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad;
ii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin;
iii) Tuan Sr Mok Kam Loong;
iv) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran;
v) Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan;
vi) Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid;
vii) Tuan Sr Chan Peng Yue;
viii) Tuan Sr Nordin bin Md; dan
ix) Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad.
18.8. Sebelum mengakhiri mesyuarat ini, Pengerusi Mesyuarat
memohon anggota untuk memajukan sebarang pertanyaan
untuk dibincangkkan dan dalam masa yang sama beliau juga
memohon Puan Norfaizah binti Manjah dari Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) memberikan komen, pandangan dan
nasihat atau ingin mengatakan sesuatu mengenai pemantauan
yang dilakukan semasa mesyuarat ini dijalankan.
18.9. Puan Norfaizah binti Manjah memohon agar KOJUTA
mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas
Pandangan Suruhanjaya Di Bawah Subseksyen 59(2) Akta
Koperasi 1993 Ke Atas Akaun-Akaun Dan Kunci Kira-Kira
Koperasi Berakhir Pada 31 Disember 2019 dan Laporan
Juruaudit Dalaman. Beliau juga memohon KOJUTA
mengemukakan Laporan Juruaudit Dalaman kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk direkodkan.
18.10 Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada Puan
Norfaizah binti Manjah di atas nasihat yang diberikan dan
diharapkan hubungan baik antara KOJUTA dan SKM akan terus
berterusan.
Laporan Tahunan 2021 24

