Page 22 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 22
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
9.3. Senarai nama peminjam seperti yang dinyatakan adalah Tuan
Sr Haji Kamarudin bin Haji Hashim, Tuan Sr Haji Saiful Anwar bin
Mortar, Tuan Sr Haji Wan Sagar bin Wan Embong, Tuan Sr Yip
Kit Meng dan Tuan Sr Samsudin bin Ahmad.
9.4. Menurut Pengerusi, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dalam
laporannya telah mencadangkan anggota terbabit ditemuduga
bersama Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) untuk
mengenal pasti masalah yang mengakibatkan penghutangan.
Ini adalah untuk mencuba mencari jalan penyelesaian
penghutang tersebut dan mengelakkan kesilapan yang sama
berulang di masa hadapan.
9.5. Pengerusi memaklumkan antara langkah-langkah yang telah
diambil adalah di mana Setiausaha KOJUTA telah menghubungi
anggota tersebut untuk satu program temuduga dengan
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD). Beliau berharap anggota
terbabit dapat membantu KOJUTA dan memberi kerjasama
untuk menyelesaikan perkara ini.
AGENDA 10 : MEMBINCANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN SURAT CARA DEPOSIT
ATAU PINJAMAN
10.1. Tiada.
AGENDA 11 : MEMBINCANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN RUANG LINGKUP DAN
HAD PELABURAN DARIPADA WANG BERLEBIHAN KOPERASI INI TIDAK
MELEBIHI 30% DARIPADA NILAI ASET SEMASA BAGI TAHUN
KEWANGAN 2021
11.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa KOJUTA masih
mengikut kepada ‘standard’ yang sama iaitu tidak melebihi 30%
daripada nilai aset semasa bagi tahun kewangan semasa dan
memohon supaya mengekalkan ‘standard’ ini.
11.2. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub mencadangkan supaya
‘standard’ ini dikekalkan dan disokong oleh Tuan Sr Shah Nizam
bin Basirun, Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin, YBhg. Datuk
Sr Haji Johari bin Wahab dan Tuan Sr Haji Hafizi bin Ismail.
Laporan Tahunan 2021 20

