Page 25 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 25

MINIT
                  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)


                  AGENDA 18       :   MEMILIH ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA SESI 2021

                                      18.1.    Pengerusi  Mesyuarat  memaklumkan  bahawa  KOJUTA  telah
                                               menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
                                               (SKM) bagi permohonan meminda Undang-Undang Kecil Para
                                               34 Lembaga Koperasi iaitu mengurangkan jumlah Anggota
                                               Lembaga daripada duabelas (12) kepada sembilan (9) orang
                                               pada 05/03/2021 dan pemakaian kepada pindaan Undang -
                                               Undang Kecil tersebut adalah berkuatkuasa serta merta bagi
                                               pelantikan Anggota Lembaga pada masa-masa akan datang.

                                      18.2.    Pengerusi  Mesyuarat  memaklumkan  bahawa  dewasa  ini,
                                               jumlah Anggota Lembaga KOJUTA adalah seramai sepuluh (10)
                                               orang yang mana telah melebihi seorang Anggota Lembaga dan
                                               dalam masa yang sama tiada pencalonan baru diterima.

                                      18.3.    Pengerusi Mesyuarat yang juga merupakan Pengerusi KOJUTA
                                               telah mengumumkan penarikan diri sebagai Anggota Lembaga
                                               dan dengan ini Sembilan (9) orang Anggota Lembaga yang ada
                                               akan kekal menerajui Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad
                                               (KOJUTA).

                                      18.4.    Pengerusi  Mesyuarat  seterusnya  memaklumkan  pelantikan
                                               nama-nama  Anggota  Lembaga  bagi  sesi  2021/2022
                                               sepertimana berikut iaitu;

                                               i)   Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad;
                                               ii)  Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin;
                                               iii)  Tuan Sr Mok Kam Loong;
                                               iv)  Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran;
                                               v)  Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan;
                                               vi)  Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid;
                                               vii)  Tuan Sr Chan Peng Yue;
                                               viii)  Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad; dan
                                               ix)  Tuan Sr Nordin bin Md.

                                      18.5.    Pengerusi  Mesyuarat  setrusnya  memohon  kelulusan  dan
                                               sokongan  anggota  ke  atas  pelantikan  nama-nama  tersebut
                                               seperti  di  Para  18.4.  (i  hingga  ix)  sebagai  Anggota  Lembaga
                                               KOJUTA bagi sesi 2021/2022.

                                      18.6.    Tuan  Sr  Haji  Mohd  Maideen  bin  Mustapha  Ismail
                                               mencadangkan pelantikan nama-nama tersebut seperti di Para
                                               18.4. (i hingga ix) sebagai Anggota Lembaga KOJUTA bagi sesi
                                               2021/2022 diterima dan diluluskan.

                  Laporan Tahunan 2021                                                              23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30