Page 21 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 21
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
adalah sebanyak RM40,000 dan cadangan bayaran Dividen bagi
Tahun Kewangan Berakhir 2020 sebanyak 5.0% kepada anggota
adalah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM).
8.3. Tuan Sr Ng Hong Yuen mencadangkan honorarium kepada
Anggota Lembaga yang dicadangkan, Elaun-Elaun Kepada
Anggota-Anggota Lembaga Dan Jawatankuasa Audit Dalaman
Dan Saraan Kepada Anggota-Anggota Lembaga Yang Dilantik
Sebagai Pengarah Bagi Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiari
Koperasi Ini, Jika Ada yang dibentangkan diterima dan
diluluskan.
8.4. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Sr Haji Ab. Aziz bin Jusoh,
Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin dan Tuan Sr Haji Mohd
Maideen bin Mustapha Ismail.
8.5. Keputusan :-
Mesyuarat sebulat suara meluluskan cadangan honorarium
kepada Anggota Lembaga, Elaun-Elaun Kepada Anggota-
Anggota Lembaga Dan Jawatankuasa Audit Dalaman Dan
Saraan Kepada Anggota-Anggota Lembaga Yang Dilantik
Sebagai Pengarah Bagi Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiari
Koperasi Ini, Jika Ada yang dibentangkan diterima dan
diluluskan.
AGENDA 9 : MEMBENTANG LAPORAN BERKENAAN PENERIMAAN DEPOSIT DAN
PINJAMAN DARIPADA ANGGOTA DAN BUKAN ANGGOTA
9.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa tiada laporan
berkenaan penerimaan deposit dan pinjaman daripada anggota
dan bukan anggota. Walau bagaimana pun, beliau memohon
semua anggota merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Audit
Dalaman di Muka Surat 43, Para 5.2. Pinjaman Peralatan di
dalam Buku Laporan Tahunan 2020.
9.2. Pengerusi memaklumkan bahawa ini merupakan
tanggungjawab yang berat oleh KOJUTA di mana terdapat
pinjaman peralatan di bawah Projek CCI oleh anggota yang
tidak dijelaskan sejak sekian lama dan akan ditimbulkan di
dalam laporan Jawatankuasa Audit setiap tahun.
Laporan Tahunan 2021 19

