Page 59 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 59

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)

                  LAPORAN BERKANUN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
                  MENGIKUT SEKSYEN 59(1)(C) AKTA KOPERASI 1993

                  Kami  bagi  pihak  Lembaga  KOPERASI  JURUKUR  TANAH  BERLESEN  BERHAD  (KOJUTA),  dengan
                  sukacitanya  membentangkan  Laporan  Tahunan  dan  Penyata  Kewangan  Koperasi  bagi  tahun
                  kewangan berakhir 31 Disember 2021.

                  Sesuai dengan kehendak Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan yang diperbuat di bawahnya,
                  kami bagi pihak Lembaga melaporkan bahawa:
                  a)    Pada pendapat kami, hasil kendalian Koperasi untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember
                        2020 tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang luar biasa mengikut takrif Seksyen 59(4).
                  b)    Lembaga  memperuntukkan  dividen  sebanyak  5%  yang  berjumlah  keseluruhan
                        RM587,409  di  atas modal  syer,  yuran  caruman  dan  syer  bonus  anggota  dalam  tahun
                        kewangan semasa 31 Disember 2021 tertakluk kepada persetujuan kelulusan Mesyuarat
                        Lembaga.
                  c)    Tiada  hal-hal  berbangkit  yang  menjadikan  cara  menilai  aset  dan  liabiliti  Koperasi  yang
                        digunakan sekarang mengelirukan atau tidak sesuai.
                  d)    Lembaga  juga  berpendapat  bahawa  jumlah  aset  semasa  yang  dibentangkan  di  Penyata
                        Kedudukan Kewangan Koperasi adalah munasabah.

                  e)    Dalam  jangkamasa  yang  diliputi  oleh  Penyata  Kewangan,  tiada  liabiliti  luar  jangka  yang
                        disanggupi oleh Koperasi yang belum dijelaskan.

                  f)    Tiada liabiliti luar jangka akan berkuatkuasa dan tiada kemungkinan liabiliti sedemikian akan
                        dihadapi dalam tempoh 12 bulan sejak berakhir tahun kewangan yang akan atau mungkin
                        menjejaskan  secara  penting  keupayaan  Koperasi  dalam  menunaikan  liabiliti  apabila  tiba
                        masanya.
                  g)    Pelarasan-pelarasan seperti yang ditunjukkan di dalam Penyata Pembahagian Keuntungan
                        dan lain-lain akaun dalam tahun semasa adalah dipersetujui oleh Anggota-anggota Lembaga.

                  h)    Koperasi tidak membuat sebarang peruntukan hutang lapuk untuk tahun kewangan berakhir
                        31 Disember 2021 mengikut takrif Seksyen 59(4).

                  Kami bagi pihak Lembaga, mengaku bahawa selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas,
                  tiada lain-lain perkara di dalam pengetahuan kami yang tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki
                  oleh Seksyen 59(3) Akta Koperasi 1993.

                  Bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi,


                       Sr Haji Nik Mazlan bin Nik       Sr Haji Khairul Saleh bin   Sr Mok Kam Loong
                              Mohamad                         Jamaludin
                              Pengerusi                       Setiausaha                Bendahari
                  Kuala Lumpur, Malaysia
                  Tarikh:

                                                            1
                  Laporan Tahunan 2021                                                              57
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64