Page 60 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 60

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)


                  LAPORAN JURUAUDIT
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD

                  Laporan Mengenai Penyata Kewangan

                  Pendapat Bersyarat
                  Kami telah mengaudit penyata kewangan KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD
                  (KOJUTA) yang terdiri daripada Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2021, Penyata
                  Pendapatan Komprehensif, Penyata Pembahagian Keuntungan dan Penyata Aliran tunai bagi
                  tahun berakhir pada tarikh tersebut dan juga nota-nota kepada penyata kewangan, termasuk
                  satu ringkasan dasar perakaunan yang penting dan nota-nota lain, seperti yang dibentangkan
                  pada muka surat 6 hingga 42.

                  Pada pendapat kami, penyata kewangan yang disediakan memberikan gambaran yang benar
                  dan saksama mengenai kedudukan kewangan Koperasi pada 31 Disember 2021 serta prestasi
                  kewangan dan aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut mengikut Piawaian Laporan
                  Entiti Persendirian Malaysia dan peruntukan Akta Koperasi 1993 di Malaysia.

                  Asas-asas Pendapat

                  Kami telah menjalankan pengauditan kami mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di
                  Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian-
                  piawaian  berkenaan  telah  dihuraikan  dengan  lanjut  di  bawah  perenggan  tanggungjawab
                  juruaudit bagi audit Penyata Kewangan dalam laporan kami. Kami percaya bahawa bukti-bukti
                  audit  yang  kami  perolehi  adalah  mencukupi  dan  sesuai  untuk  memberikan  asas  yang
                  munasabah bagi pendapat kami.

                  Kebebasan Dan Tanggungjawab Etika Lain

                  Kami  adalah  bebas  dan  berkecuali  daripada  Koperasi  mengikut  Undang-Undang  Kecil  (Etika
                  Profesional, Kelakuan dan Amalan), Institut Akauntan Malaysia ("Undang-Undang Kecil") dan
                  Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Kod Etika Akauntan Professional ("Kod IESBA"),
                  dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika berdasarkan mengikut undang-undang kecil
                  dan Kod IESBA.

                  Maklumat Lain Selain Daripada Penyata Kewangan Dan Laporan Juruaudit

                  Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab ke atas maklumat lain. Maklumat lain
                  terdiri daripada Laporan Anggota Lembaga Koperasi tetapi tidak termasuk penyata kewangan
                  Koperasi dan laporan juruaudit.

                  Pendapat  kami  ke  atas  penyata  kewangan  Koperasi  tidak  merangkumi  Laporan  Anggota
                  Lembaga  Koperasi  dan  kami  tidak  menyatakan  sebarang  bentuk  kesimpulan  jaminan
                  mengenainya





                                                              2
                  Laporan Tahunan 2021                                                              58
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65