Page 61 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 61

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)


                  LAPORAN JURUAUDIT
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (SAMB.)

                  Maklumat Lain Selain Daripada Penyata Kewangan Dan Laporan Juruaudit (samb.)
                  Sehubungan dengan pengauditan kami ke atas penyata kewangan Koperasi, tanggungjawab
                  kami  adalah  untuk  membaca  Laporan  Anggota  Lembaga  Koperasi  dan  dengan  berbuat
                  demikian, kami dapat mempertimbangkan sama ada laporan tersebut tidak konsisten secara
                  ketara dengan penyata kewangan Koperasi mahupun pengetahuan yang kami perolehi semasa
                  pengauditan atau kesalahan yang ketara.

                  Jika  berdasarkan  kerja  yang  telah  kami jalankan seumpamanya,  kami  membuat  kesimpulan
                  bahawa  tidak  terdapat  apa  –  apa  penemuan  kesalahan  ketara  di  dalam  Laporan  Anggota
                  Lembaga Koperasi bagi kami melaporkannya.

                  Tanggungjawab Anggota Lembaga Terhadap Laporan Kewangan

                  Anggota  Lembaga  Koperasi  bertanggungjawab  terhadap  penyediaan  penyata  kewangan
                  Koperasi  yang  memberikan  gambaran  yang  benar  dan  saksama  menurut  Piawaian  Laporan
                  Entiti Persendirian Malaysia dan peruntukan Akta Koperasi 1993 di Malaysia. Anggota Lembaga
                  Koperasi  juga  bertanggungjawab  terhadap  kawalan  dalaman  mengikut  keperluan  bagi
                  penyediaan penyata kewangan Koperasi yang bebas daripada kesalahan yang ketara, sama ada
                  disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.

                  Semasa    penyediaan   penyata   kewangan    Koperasi,   Anggota   Lembaga   Koperasi
                  bertanggungjawab  untuk  menilai  keupayaan  Koperasi  untuk  terus  beroperasi  sebagai  satu
                  usaha  berterusan  dan  juga  mendedahkan  mengenai  perkara-perkara  yang  berkaitan  serta
                  menggunakan  asas  perakaunan  melainkan  jika  Anggota  Lembaga  Koperasi  berhasrat  untuk
                  membubarkan  Koperasi  atau  untuk  menghentikan  operasi  atau  tidak  mempunyai  alternatif
                  yang realistik untuk berbuat demikian.

                  Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Laporan Kewangan
                  Objektif  kami  adalah  untuk  memperolehi  jaminan  yang  munasabah  sama  ada  penyata
                  kewangan Koperasi secara keseluruhannya adalah bebas daripada kesalahan yang ketara, sama
                  ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan dan mengeluarkan suatu laporan juruaudit yang
                  merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah satu tahap jaminan yang tinggi
                  tetapi bukan satu jaminan bahawa audit yang dijalankan mengikut piawaian pengauditan yang
                  diluluskan  di  Malaysia  dan  Piawaian  Pengauditan  Antarabangsa  akan  sentiasa  mengesan
                  kesalahan yang ketara apabila ia berlaku. Kesalahan ketara boleh timbul daripada penipuan
                  atau kesilapan dan dianggap penting sama ada secara individu atau secara terkumpul. Ia boleh
                  dijangkakan dengan munasabah dan boleh mempengaruhi keputusan ekonomi pengguna yang
                  diambil berdasarkan penyata kewangan ini.

                  Sebagai sebahagian daripada pengauditan mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di
                  Malaysia  dan  Piawaian  Pengauditan  Antarabangsa,  kami  menggunakan  pertimbangan
                  profesional dan mengekalkan keraguan profesional di keseluruhan audit.




                                                            3
                  Laporan Tahunan 2021                                                              59
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66