Page 62 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 62

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)


                  LAPORAN JURUAUDIT
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (SAMB.)

                  Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Laporan Kewangan (samb.)

                  Kami juga:
                  i)     Mengenal pasti dan menilai risiko kesalahan ketara dalam penyata kewangan Koperasi,
                         sama  ada  disebabkan  oleh  penipuan  atau  kesilapan,  merangka  dan  melaksanakan
                         prosedur audit bersesuaian dengan risiko berkenaan dan mendapatkan bukti audit yang
                         mencukupi dan sesuai untuk memberikan asas yang munasabah terhadap pendapat
                         kami. Risiko untuk tidak mengesan kesalahan ketara akibat daripada penipuan adalah
                         lebih  tinggi  daripada  yang  terhasil  daripada  kesilapan  kerana  penipuan  mungkin
                         melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, peninggalan secara sengaja, gambaran yang salah
                         atau melangkau kawalan dalaman.

                  ii)    Mendapatkan pemahaman dalam kawalan dalaman yang relevan terhadap audit bagi
                         tujuan merangka prosedur yang bersesuaian tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan
                         pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Koperasi.

                  iii)   Menilai  kesesuaian  dasar  perakaunan  yang  digunakan  dan  kewajaran  anggaran
                         perakaunan  dan  pendedahan  yang  berkaitan  yang  dibuat  oleh  Anggota  Lembaga
                         Koperasi.
                  iv)    Membuat kesimpulan terhadap kesesuaian penggunaan asas perakaunan untuk usaha
                         berterusan oleh Anggota Lembaga Koperasi berdasarkan bukti audit yang diperolehi,
                         sama  ada  wujudnya  ketidakpastian  yang  berkaitan  dengan  peristiwa-peristiwa  atau
                         keadaan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap keupayaan syarikat untuk terus
                         beroperasi  sebagai  satu  usaha  berterusan.  Jika  kami  membuat  kesimpulan  bahawa
                         ketidakpastian wujud, kami dikehendaki untuk melaporkan dalam laporan juruaudit
                         terhadap pendedahan yang berkaitan di dalam penyata kewangan Koperasi atau jika
                         pendedahan tersebut tidak mencukupi untuk mengubah pendapat kami. Kesimpulan
                         kami dibuat berdasarkan kepada bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan
                         juruaudit kami. Walau bagaimanapun, peristiwa atau keadaan masa hadapan boleh
                         menyebabkan Koperasi untuk berhenti daripada terus beroperasi sebagai satu usaha
                         berterusan.
                  v)     Menilai  keseluruhan  pembentangan,  struktur  dan  kandungan  penyata  kewangan
                         Koperasi termasuk pendedahan dan sama ada penyata kewangan mewakili urus niaga
                         dan peristiwa dalam cara yang yang mencapai pembentangan saksama.

                  Kami  berkomunikasi  dengan  Anggota  Lembaga  Koperasi  mengenai  antara  lain,  skop  yang
                  dirancang dan masa pengauditan dan penemuan penting termasuk apa-apa kekurangan yang
                  ketara dalam kawalan dalaman yang dikenal pasti semasa audit kami.





                                                            4
                  Laporan Tahunan 2021                                                              60
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67