Page 11 - SEDIA SMKDDS
P. 11
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur kita kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita saksikan sebuah penerbitan majalah
secara maya yang menjadi kebanggaan kepada semua warga SMK Dato' Dol Said. Sekalung penghargaan dan
penghormatan serta ucapan tahniah diberikan kepada guru penasihat dan pasukan Sidang Redaksi 2021. Atas berkat
usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna
kepada semua warga SMK Dato' Dol Said.
Penerbitan Majalah Sedia ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK Dato' Dol Said bahkan merakamkan
kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut. Di dalam majalah juga turut menyediakan landasan kepada pelajar-
pelajar yang kreatif untuk menayangkan hasil karya mereka di dalam majalah ini. Segala kenangan suka duka pada
tahun 2021 boleh dikenangkan kembali pada masa depan terutamanya pelajar tingkatan 5 2021 yang akan
meninggalkan SMK Dato' Dol Said yang indah ini. Malah, kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh para pelajar
SMK Dato' Dol Said turut dimuatkan untuk tatapan semua.
Akhirulkalam, saya sebagai Ketua Sidang Redaksi 2021 mewakili pasukan Sidang Redaksi 2021 , ingin memohon maaf
jika terdapat kekurangan serta kelemahan dalam penghasilan Majalah Sedia secara maya ini. Semoga dengan
penghasilan majalah ini dapat dijadikan tatapan buat semua pada masa akan datang.
Kepada semua warga SMK Dato' Dol Said, teruskanlah berbakti kepada kepada negara tercinta dan menempa nama
SMK Dato' Dol Said dengan pelbagai kejayaan sekali gus mengharumkan nama sekolah di persada dunia.
Sekian , terima kasih.
"TOGETHER WE STAND, DEVIDE WE FALL"
MUHAMMAD AIMAN ASYRAF BIN MOHD AMIN
Ketua Sidang Redaksi 2021
SMK Dato' Dol Said

