Page 9 - SEDIA SMKDDS
P. 9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK penerbitan majalah sekolah 'SEDIA' .
n
Berdasarkan komitme , pengalaman dan kecekapan , AJK berjaya menerbitkan majalah sekolah sesi 2021 secara
maya kesan dari pandemik Covid-19. Kemajuan teknologi pendigitalan masa kini memberi peluang kepada kita untuk
terus menerbitkan majalah sebagai tanda kenang-kenangan seluruh warga sekolah.
Seperti semua sedia maklum, majalah sekolah adalah 'gedung' memori yang menjadi ingatan manis kepada kita pada
masa-masa akan datang. Di dalam majalah ini terangkum cita-cita dan hasrat bersama seluruh warga sekolah
bertepatan dengan moto sekolah iaitu 'Hidup Mesti Berjuang'. Benar, kehidupan ini adalah satu perjuangan untuk
melaksanakan proses 'Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera'.
Saya rasa bersyukur keluarga SMKDDS bergerak bersama-sama dalam satu pasukan untuk merealisasikan
pencapaian cemerlang dan berprestasi tinggi dalam semua bidang iaitu pentadbiran, kurikulum, HEM dan
kokurikulum.
# 'sekolah kita maruah kita' # 'marilah menuju kejayaan.'
Akhir sekali, kata bijak pandai, sekeping gambar lebih bermakna dari beribu-ribu perkataan.
Sekian, terima kasih.
HAJI MD YAZED BIN YATIM
PENGETUA SMK DATO' DOL SAID

