Page 7 - SEDIA SMKDDS
P. 7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayahNya, saya diberi kesempatan
menitipkan kata alu-aluan untuk Majalah Sekolah pada tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua pihak kerana
telah berjaya menerbitkan majalah ini.
Sesungguhnya usaha untuk menerbitkan majalah satu dan perlu diteruskan oleh
sepanjang
satu
kepada warganya sama ada guru mahupun mengembangkan dan dalam
pelbagai bidang. Seterusnya majalah dapat memaparkan perkembangan serta kecemerlangan sekolah dari semasa ke
semasa dan kejayaan menerbitkan majalah adalah manifesto kepada usaha gigih dan kerjasama yang mantap.
Kecemerlangan yang telah dicapai oleh sekolah dalam semua aspek perlu diteruskan dan ditingkatkan agar visi,
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dapat direalisasikan. Visi ini akan terlaksana apabila adanya
usaha yang gigih dalam kalangan warga sekolah. Saya melahirkan rasa bangga dengan pencapaian sekolah setakat ini
dan berharap agar sekolah ini akan terus cemerlang pada masa akan datang.
Akhir kata, saya yakin dan percaya warga sekolah akan terus berjuang untuk melahirkan pelajar yang terdidik, kukuh
jati diri, berakhlak mulia dan bersemangat kental demi memastikan sekolah sentiasa berada di hadapan dan pada
tahap cemerlang selari dengan aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka; #jpnmelakajenamakerajaanno1.
Sekian, terima kasih.
YBRS. DR. MOHD AZAM BIN AHMAD
Pengarah Pendidikan Melaka
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

