Page 10 - SEDIA SMKDDS
P. 10
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, saya Muhammad Naim bin Mad Deris diberi peluang untuk memberi
ucapan sepatah dua kata dalam Majalah SEDIA 2021 sebagai Ketua Pengawas bagi sesi 2021. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus
lumus dalam menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini.
Saya berasa terharu kerana telah diberi kepercayaan yang tinggi kepada semua guru majalah dan ahli sidang redaksi
untuk menjadi seorang Ketua Pengawas. Saya sangat menghargai peluang dan kepercayaan pihak sekolah kepada saya.
Tanggungjawab ini bukan mudah untuk saya laksanakan tanpa sokongan dan dorongan daripada semua pihak. Oleh itu,
pada kesempatan ini ,saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama sekali kepada kedua ibu
bapa saya, Tuan Pengetua, pihak pentadbir sekolah , guru-guru terutamanya guru-guru pengawas, kakitangan sekolah,
para pengawas dan rakan-rakan kerana telah memberi sokongan dan galakan kepada saya. Tanpa sokongan daripada
semua pihak, tidak mungkin saya saya dapat melaksanakan tugas-tugas saya sebagai seorang Ketua Pengawas.
Di samping itu, saya juga berharap agar semua pihak mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan
dan mengharumkan nama baik sekolah dari segi akademik mahupun kokurikulum. Hal ini kerana dengan kejayaan yang
kita perolehi, dapat menggambarkan komitmen dan semangat yang wujud dalam kalangan warga SMK Dato' Dol Said.
Di kesempatan ini, saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dengan penuh rasa rendah hati atas
kekhilafan saya terutamanya kepada guru-guru dan rakan-rakan andai kata ada terkasar bahasa, terlanjur kata atau
mengguris hati guru-guru dan rakan-rakan sepanjang saya berada di sekolah yang tercinta ini.
Akhir kata, pengalaman ini akan kekal menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya dan akan saya sematkan di
dalam jiwa saya buat selama-lamanya.Saya berharap agar SMK Dato' Dol Said akan terus menjadi sekolah yang cemerlang
dalam pelbagai aspek.Kepada rakan-rakan seperjuangan Tingkatan 5 Tahun 2021 , teruskan usaha kalian sehingga mampu
membuatkan ibu bapamu mengalirkan air mata mereka atas kejayaan anaknya.Semoga kita memperoleh kejayaan yang
cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
Sekian, terima kasih.
"KEUSAHAWANAN DAN PENDIDIKAN GLOBAL"
MUHAMMAD NAIM BIN MAD DERIS
Ketua Pengawas Sekolah 2021
SMK DATO' DOL SAID

