Page 16 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 16

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                                            DASAR SEKOLAH





                                                 PENTADBIRAN



                   1.  Semua  warga  pendidik  mesti  mematuhi  semua  Pekeliling  Ikhtisas
                      Pelajaran Perkhidmatan/ Kurikulum/ Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

                   2.  Semua warga pendidik mesti mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan
                      dan  Perakaunan  Kumpulan  Wang  Sekolah  untuk  mencapai  akauntabiliti
                      dan kecekapan yang tinggi.

                   3.  Semua  warga  pendidik  sentiasa  mengamalkan  Budaya  Kerja  Cemerlang
                      dan berpasukan (team work).

                   4.  Semua warga pendidik sentiasa menjaga imej perkhidmatan dan sekolah.



                                                  KURIKULUM



                   1.  Guru  mesti  melaksanakan  proses  Pembelajaran  dan  Pemudahcaraan
                      yang berkesan.

                   2.  Guru  mesti  Melindungi  Masa  Instruksional  (MMI)  supaya  pembelajaran
                      berkesan tercapai di kelas.

                   3.  Guru  sentiasa  mematuhi  Standard  Operational  Procedures  (SOP)  bagi
                      menjayakan tuntutan Sekolah Berkesan.

                   4.  Guru sentiasa berusaha mencapai peningkatan dan kecemerlangan dalam
                      pencapaian murid dan prestasi peperiksaan UPSR.

                   5.  Guru  perlu  melaksanakan  Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS)
                      mengikut ketetapan yang telah disediakan dan berkualiti.

                   6.  Guru  memantapkan  dan  melaksanakan  Headcount  dalam  usaha
                      meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan prestasi murid dan sekolah.

                   7.  Guru  mematuhi  pelaksanaan  pemantauan  dan  penyeliaan  bersepadu  di
                      sekolah.


                   15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21