Page 21 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 21
Manual Pengurusan SKDWA 2020
2. Tidak melibatkan diri dalam kegitan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan pendidikan.
(Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah,
menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.)
TUGAS-TUGAS GURU DALAM
CUTI PENGGAL SEKOLAH
Semua guru dan kakitangan kerajaan, adalah tertakluk kepada perenggan 15 Bab A
dan perenggan 50 (a) Bab C, Perintah-perintah Am.
Perintah-perintah Am – Bab A
“Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan segala tugas-tugas
jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang ia mungkin diarahkan untuk
menjalankan dari semasa ke semasa.”
Perintah-perintah Am – Bab C
“Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa
percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada
jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu”.
Adalah dicadangkan bahawa guru besar hendaklah merancangkan segala tugas
di waktu cuti penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugas-tugas akan dapat
dibahagi-bahagikan dengan saksama dan teratur. Dengan ini, kesulitan yang
dihadapi guru-guru dapatlah dikurangkan.
20

