Page 19 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 19
Manual Pengurusan SKDWA 2020
Bersedia mendengar teguran dan kritikan;
Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa.
PEMBELAJARAN BERTERUSAN / BUDAYA ILMU
Bersedia belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain ke arah
penambahbaikan;
Sentiasa mencari ruang untuk memaju dan meningkatkan kemahiran diri;
Sentiasa menggalakkan semua anggota supaya berusaha memajukan diri;
Sentiasa berusaha memupuk bakat individu;
Tidak segan untuk bertanya.
TATASUSILA
PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi ,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-
hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau mata-
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada murid.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.
18

