Page 18 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 18
Manual Pengurusan SKDWA 2020
KOD ETIKA
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
PROFESIONALISME
Mempunyai komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk menjalankan
tugas;
Bertanggungjawab dan gigih dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dalam
tempoh masa yang ditetapkan, di samping menjamin kualiti;
Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan serta berkemampuan dalam menjalankan
tugas yang diamanahkan;
Integriti dari segi objektif dan tidak mementingkan diri;
Mempunyai ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya tahan, berdaya saing
dan akauntabiliti.
BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN
Bertindak ke arah satu visi;
Sentiasa melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam aktiviti Jabatan;
Berkongsi pengalaman, maklumat, ilmu dan pengetahuan;
Sentiasa menjaga imej jabatan;
Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama dan saling hormat –
menghormati.
KECEMERLANGAN DAN KEUNGGULAN
Berusaha untuk melakukan yang terbaik;
Sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kerja;
Sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak pelanggan;
Keupayaan mempelajari pelbagai kemahiran bagi menjalankan pelbagai tugas;
Berdedikasi dan berdisiplin.
BERHEMAH DAN BERWIBAWA
Jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan;
Bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama;
Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan;
Sentiasa tenang dan sabar dan dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi;
17

