Page 32 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 32

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN


               Garis Panduan

                   1.  Pengurusan  panitia  mata-mata  pelajaran mestilah  mematuhi  Surat  Pekeliling  Ikhtisas
                       Bilangan 4/1986.
                   2.  Pengurusan  Panitia  mata-mata  pelajaran  juga  mestilah  mematuhi  Sistem  Pengurusan
                       Kualiti SPK ISO MS 9001/2000.
                   3.  Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam, motivasi dan
                       bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh
                       itu,  semua  panitia  mata pelajaran  hendaklah  berfungsi  dengan  optimum  untuk  saling
                       bekerjasama,  saling  membantu,  berkongsi  fikiran,  pengalaman  dan  kepakaran  untuk
                       membaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
                   4.  Semua  perancangan  dan  tindakan  panitia  mestilah  sentiasa  merujuk  kepada
                       HEADCOUNT  dan  atau  Data  SAPS  dalam  pengurusan  prestasi  semua  mata  pelajaran
                       dalam panitia-panitia.
                   5.  Panitia-panitia  mestilah  berusaha  mendapatkan  dan  mengamalkan  strategi-strategi
                       mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
                       murid terhadap pembelajaran.
                   6.  Pengurusan panitia secara online atau web based/DELIMA mestilah menjadi keutamaan
                       dan laman web panitia/sekolah mestilah sentiasa dikemaskini supaya guru dan murid
                       boleh sentiasa merujuk bahan-bahan dan maklumat berkaitan.
                   7.  Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
                       kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit
                       mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada PKP melalui SU Kurikulum.
                   8.  Setiausaha  panitia  hendaklah  menyelenggara  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau
                       laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh
                       ketua-ketua panitia.


                      DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN
                            PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


               Garis  PanduanDSKP,  RPT  dan  RPH  adalah  dokumen  rasmi  kurikulum  dan  mestilah  sentiasa
               dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.

                   1.  Guru  mestilah  dapat  menghayati,  mengenal  pasti dan  boleh  menterjemahkan  objektif
                       mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga proses
                       pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  kelas  agar  mahir  tentang  konstruk-konstruk
                       peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
                   2.  Salinan  kesemua  dokumen  ini  yang  telah  disahkan  oleh  Pengetua/Penolong  Kanan
                       Pentadbiran  mestilah  dilampirkan  bersama  dalam  Fail  Rekod  Mengajar  Guru  (FRMG)
                       atau diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk.
                   3.   Senarai  semak  dokumen  yang  patut  ada  pada  FRMG  hendaklah  dilengkapkan  dan
                       ditandatangani oleh guru sebagai penyedia dan Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran
                       sebagai pengesah pada setiap awal tahun.
                   4.  Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dalam FRMG hendaklah mengikut format
                       yang telah ditetapkan.
                   5.  Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam
                       FRMG sebelum masuk kelas. Oleh itu, FRMG mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas
                       setiap kali ada kelas.
                   6.  Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
                          •  Tingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada bulan Ogos.
                          •  Tingkatan Lima - sukatan dilengkapkan pada bulan September.
                          •  Tingkatan Satu, Dua, Empat - sukatan dilengkapkan pada bulan Oktober.





                                                           30
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37