Page 33 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 33
PAKEJ MATA PELAJARAN
(Rujuk Lampiran)
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Garis Panduan
1. Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk
mengoptimumkan kecemerlangan murid.
2. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT).
3. Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran
dalam ICT. Oleh itu, penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan dalam menyokong
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
4. Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti DELIMA digalakkan dan
akan diperluaskan.
5. Memperluas program peningkatan penguasaan bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kadazan Dusun.
6. Meningkatkan penguasaan dan penekanan pada kemahiran generik, kemahiran berfikir
kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-
Think semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
7. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian
peperiksaan awam. Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan
pembelajaran yang berkualiti.
8. Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’co-operative learning structures’ dan
‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid. Dengan itu
kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk
belajar dapat dipindahkan kepada murid.
9. Pendekatan Team Teaching dan Lesson Study (LS_TT) adalah digalakkan bagi kelas-
kelas yang bersesuaian dengan kebenaran daripada Pengetua.
10. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran, murid dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan daya
tumpuan murid di dalam kelas.
11. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ‘content
skill, language skill, ICT skill & pedagogi skill’. Oleh itu setiap orang guru mestilah
berusaha meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran
di atas secara berterusan.
12. Guru mata pelajaran, Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa
memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah
ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai
sasaran tersebut.
13. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan
agar PdPc lebih menarik dan berkesan.
14. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan
budaya cintakan ilmu.
15. Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan mencapah ataupun HOTS
(Higher Order Thinking Skills Questions) atau KBAT.
31

