Page 34 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 34
16. Ketua-ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya
selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
dioptimumkan.
17. Setiap guru mata pelajaran amat digalakkan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya
satu kreativiti atau inovasi dalam PdPc serta satu kajian tindakan pada setiap tahun.
18. Borang pelan tindakan guru mata pelajaran (Headcount) hendaklah dilengkapkan pada
awal tahun dan disemak semula selepas selesai peperiksaan/penilaian bagi tujuan
perancangan intervensi.
BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN
Garis Panduan
1. Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik
hendaklah ditegaskan kepada murid.
2. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan buku teks
dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.
3. Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali ini
mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk
merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian dan kesimpulan apabila murid
menjalankan kajian atau eksperimen. Halaman yang kosong boleh digunakan untuk
melukis gambarajah, graf dan sebagainya. Penggunaan buku ini dapat memperkembang
kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan.
4. Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas
ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPC dalam bilik darjah. Guru
mata pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak
oleh guru mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5. Murid yang gagal membuat latihan atau kerja khusus merupakan satu perkara yang
serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal
pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan
tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam panitia.
6. Senarai murid yang berpotensi gagal menyiapkan tugasan/kerja khusus/amali
hendaklah disenaraikan oleh guru mata pelajaran dan tindakan awal bagi memastikan
perkara tersebut tidak berlaku hendaklah diambil terhadap mereka dengan segera.
LATIHAN MINIMUM
Garis Panduan
1. Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengayaan dalam topik-topik yang diajar. Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
2. Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Bidang dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran pada awal
tahun.
3. Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada
nisbah 5:3:2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan.
32

