Page 37 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 37
7. Jawatankuasa Kurikulum mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir
tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk
dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya dibincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan.
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP )
Garis Panduan
1. Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan
dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja
cemerlang.
2. Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform-platform untuk warga sekolah
meningkatkan profesionalisme ini melalui LDP, Perbincangan Profesional, PLC dan
Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah.
3. Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD, JPN dengan KPM
perlulah melaporkan secara bertulis melalui laporan eksekutif dan minit curai bagi
mesyuarat kepada pengetua untuk tindakan seterusnya. Jika perlu, guru yang pergi
berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang
memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri.
4. Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam. Oleh sebab itu
keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi, pengurusan panitia
yang efesien dan PdPc PAK-21.
5. Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah
menjadi tanggungjawab GKMP dan ketua panitia untuk melatih guru tersebut bagi
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Satu rekod latihan dan pemantauan
perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh ketua panitia
mata pelajaran tersebut.
6. Semua panitia mata pelajaran adalah diwajibkan mengadakan latihan dalaman (Aktiviti
PLC) minimum 4 kali setahun sebagai berikut;
• Video Critic
• Lesson Study / Team Teaching
• Peer Coaching / Teacher Sharing
• Learning Walks
• Bengkel Pembinaan Item
• Bengkel Skema Pemarkahan
7. Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan kepada penyelaras LDP sebaik sahaja sesi
tersebut selesai dan pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat,
masa, sasaran, tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta
gambar.
Garis Panduan Kurikulum Sekolah
Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Mac 2022
35

