Page 56 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 56

GARIS PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


                                                    TUGAS GURU TINGKATAN

               Pengurusan dan Organisasi Kelas

               Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan,
               Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan. Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid
               untuk membersihkan papan putih, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan
               membuang  sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemas kini papan kenyataan dan
               papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan  langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

                   •  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
                        (a)   Jadual waktu
                        (b)   Jadual Tugas
                        (c)   Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru dan papan putih
                       diiventorikan
                        (d)   Moto Kelas.
                        (e)   Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
                        (f)   Peralatan dan bahan-bahan sanitasi
                        (g)  Melengkapkan papan maklumat dengan maklumat SOP Pencegahan dan
                       Pengawalan
                               COVID 19
                   •  Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
                       digunakan.
                   •  Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada jawatan kuasa atau unit
                       yang berkaitan.
                   •  Membimbing AJK kelas yang dilantik menjalankan tugas.
                   •  Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
                       Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
                       (a)        Keceriaan kelas.
                       (b)        Kebajikan murid.
                   •  Jadual kedatangan dan kedatangan murid.
                          o  Menandakan e Kehadiran murid dalam APDM sebelum jam 10.00 pagi bagi kelas
                              sesi pagi dan sebelum jam 3.00 petang bagi kelas sesi petang.
                          o  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam maklumat APDM
                          o  Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
                          o  Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan
                              seperti yang diarahkan.
                       (a)        Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
                       (b)        Menjamin keselamatan buku tersebut.
                    •  Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan.
                          o  Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum
                              dan fizikal dalam kemajuan murid bagi setiap semester/penggal.
                          o  Menyampaikan slip kemajuan murid kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian
                              peperiksaan.
                    •  Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
                          o  Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap
                              akademik
                          o  Memastikan apa-apa sumbangan, amalan nilai-nilai baik dan terpuji atau pun
                              apa-apa tindakan murid yang melanggar disiplin dan peraturan sekolah
                              dicatatkan dalam sistem SSDM.
                          o  Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah
                              dan ganjaran jika perlu.
                          o  Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.



                                                           53
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61