Page 58 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 58
o Menentukan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan
senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang
dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
o Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
o Memastikan semua murid memiliki rekod kegiatan kokurikulum
• Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah
TUGAS PEMBANTU GURU KELAS
Urusan Pentadbiran Kelas
• Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid kelas setiap hari terutamanya ketika
ketiadaan guru kelas.
• Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas.
• Membantu mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid.
• Membantu menguruskan pendaftaran semula murid-murid bagi tahun berikutnya.
• Membantu menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dengan masalah murid di
sekolah.
• Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi
murid-murid yang bermasalah.
• Membantu guru dalam mengurus murid yang akan berpindah ke sekolah lain dan
berhubung dengan unit keluar/masuk.
• Merekodkan surat-surat cuti sakit/ibu bapa bagi murid yang tidak hadir ke sekolah.
• Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah
Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid
• Membantu guru kelas merancang aktiviti bimbingan dan motivasi.
• Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
merangsang pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid.
• Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan
menjelajah dalam kalangan murid-murid .
• Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid supaya bersedia
untuk belajar.
• Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan
keperluan, kesediaan dan perkembangan murid.
• Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid
sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di
bawah jagaannya.
• Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
• Membantu guru kelas dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran semasa
ketiadaan guru kelas.
• Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah
Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
• Membantu guru kelas mengenal pasti mana-mana murid yang memerlukan bantuan dan
bimbingan untuk dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.
• Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi
tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
• Membantu guru kelas menjaga keselamatan alatan dan kemudahan di dalam dan di luar
kelas seperti sudut-sudut akademik, risalah-risalah dan bahan bantu belajar.
55

