Page 60 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 60

UNIT DISIPLIN

               Tanggungjawab:
                   •  Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
                   •  Memastikan undang-undang, peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
                   •  Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-
                       peraturan tatatertib dan salahlaku.
                   •  Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid dan laporan.
                   •  Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah

               Ketua Unit:
                   •  Menyediakan takwim dan agihan tugas.
                   •  Menyediakan dan melaksanakan pelan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal untuk
                       program disiplin.
                   •  Menerima  dan  membuat  laporan  yang  berkaitan  kes-kes  disiplin  kepada  Pihak
                       Pentadbiran / PPDK / Polis / ibubapa dan lain-lain.
                   •  Memastikan tahap disiplin murid dalam keadaan yang baik.
                   •  Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah

               Pen. Ketua Unit:
                   •  Membantu menjalankan tugas Ketua Unit.
                   •  Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah

               Setiausaha:
                   •  Mengeluarkan notis mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.
                   •  Mengemaskini borang-borang dan merekod laporan daripada setiap penyelaras.
                   •  Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah

               Penyelaras Disiplin Tingkatan:
                   •  Menerima sebarang aduan disiplin daripada murid / guru.
                   •  Mensiasat sebarang laporan dengan melengkapkan borang siasatan kes.
                   •  Memaklumkan dan membuat perjumpaan dengan ibubapa sekiranya perlu.
                   •  Merekodkan kesalahan murid ke dalam sistem SSDM
                   •  Memastikan murid mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah dengan tidak
                       membawa sebarang barang larangan ke sekolah.
                   •  Mengadakan ‘spot check’ tidak menyeluruh tetapi secara berkala.
                   •  Menyediakan manual untuk guru bertugas yang membantu melaksanakan ‘spot check’.
                   •  Memastikan maklumat murid yang terlibat direkodkan.
                   •  Membuat laporan ‘spot check’ bulanan.
                   •  Mendokumentasikan operasi ‘spot check’ yang dijalankan.
                   •  Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah

               Penyelaras Badan Pengawas:
                   •  Mengadakan program pemantapan pengawas.
                   •  Membuat agihan tugas kepada pengawas.
                   •  Menjalankan pemeriksaan mengejut secara berkala.
                   •  Menyediakan pengawas bertugas untuk setiap program sekolah bagi mengawal disiplin
                       murid jika diperlukan.
                   •  Memastikan Majlis Pelantikan Pengawas.
                   •  Memastikan para pengawas sekolah sentiasa diberi input dan pengetahuan yang relevan
                       sebagai pemimpin sekolah.
                   •  Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual waktu pengawas.
                   •  Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
                   •  Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.



                                                           57
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65