Page 57 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 57
o Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran atau
perubahan tingkah laku yang ketara dalam kalangan murid.
o Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi
masalah kesihatan.
o Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin
sekolah.
o Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :
(a) Mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan Sekolah”
yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin.
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
• Buku teks, biasiswa dan bantuan
o Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada murid yang layak dan
menggalakkan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid.
o Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
o Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama
murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan
senarai itu kepada guru SPBT
o Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang
berkaitan dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
o Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran
dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa.
o Mengwujudkan satu fail maklumat murid berkaitkan pengisian Borang PB1 dan
PB2
• Kutipan Bayaran Barangan Koperasi dan Sumbangan PIBG
o Mendapat Surat Kuasa memungut wang daripada Pengetua
o Mengutip Bayaran Barangan Koperasi dan Sumbangan PIBG pada awal sesi
persekolahan dan menggalakkan murid menjelaskan semua bayaran sekaligus.
o Menyediakan rekod yang lengkap berkaitan apa-apa bayaran yang dibuat oleh
murid.
o Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
o Menyerahkan apa juga bayaran yang diterima dari murid berkaitan bayaran
barangan koperasi kepada Bendahari Koperasi pada hari yang sama bayaran itu
diterima.
o Menyerahkan wang kutipan sumbangan PIBG kepada Bendahari PIBG pada hari
yang sama bayaran itu diterima.
• Pendaftaran Murid Baru
o Menerima kemasukkan murid baharu, melengkapkan maklumat APDM murid
dan mendapatkan nombor pendaftaran murid baharu daripada daripada
Penolong Kanan HEM.
o Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang
terdahulu dan memastikan murid ini mendapat buku teks.
o Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan
kepada guru biasiswa.
o Menentukan rumah sukan.
• Murid Keluar
o Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan 5.
o Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
o Menentukan buku teks telah dipulangkan.
o Memastikan murid yang telah menerima Bantuan Peranti Komputer KPM (
Murid Tingkatan 3 tahun 2021) telah mengembalikan peranti tersebut kepada
pihak sekolah
o Memastikan semua dokumen yang diperlukan telah diserahkan kepada murid
yang berpindah keluar.
• Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.
54

