Page 64 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 64
UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
Tanggungjawab:
• Mengadakan program pertandingan kebersihan kelas setiap minggu dengan membuat
pemantauan dan permarkahan ke atas semua kelas terbabit.
• Kelas yang terkeluar dari julat permarkahan yang sepatutnya hendaklah didenda dalam
bentuk memberi pengajaran.
• Menyediakan borang permarkahan untuk guru kelas.
• Merancang program khas bagi menceriakan kawasan sekolah.
• Memastikan semua sudut luar kelas bersih dan ceria serta selesa.
• Memastikan pondok bacaan – jika ada - dan halaman taman sekolah ceria dan cantik.
• Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah
UNIT KANTIN
Tanggungjawab:
Membantu pengetua dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungjawab memastikan:
• Kebersihan, kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin.
• Bermesyuarat berkenaan dengan kontrak /tender kantin.
• Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dijual.
• Harga berdasarkan perjanjian.
• Keselamatan kantin di sekolah.
• Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan.
• Menyediakan laporan harian kantin.
• Murid sentiasa bersopan santun mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di
kantin.
• Makanan dan minuman yang dijual mencukupi.
• Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien.
• Memastikan kebajikan guru dan murid di kantin diutamakan.
• Mengadakan aktiviti-aktiviti yang mengarahkan kepada kantin bermaklumat.
Alat: i) Buku log kantin-laporan/aduan/buku laporan kendiri kantin
ii) Laporan khas
• Melaksanakan apa-apa tugasan yang diarahkan dari masa kesemasa oleh pihak sekolah
RUMUSAN UMUM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
• Pengurusan kelas : Guru kelas menjalankan lantikan AJK Kelas pada minggu pertama
tahun berkenaan. Jadikan kelas sentiasa bermaklumat, kemas dan bersih. Lengkapkan
maklumat dalam APDM dengan nama, alamat, telefon ibu bapa/penjaga dan nombor
pendaftaran murid. Edarkan segera Jadual Waktu. Labelkan kelas dan hias kelas. Pastikan
setiap murid mempunyai 1 meja dan 1 kerusi di dalam kelas.
• Motivasi di dalam P&P : Berikan motivasi dan pembersihan kelas 5 minit sebelum P&P.
Guru yang tidak mahu menegur kesalahan murid dianggap tidak menjalankan tugas
dengan baik kerana semua guru adalah guru disiplin.
• Semua guru bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
• Kehadiran dan Pendaftaran Murid:
o Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam
satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara telefon diikuti
dengan surat.
o Analisis mesti dibuat pada setiap hujung bulan dan laporan hendaklah dihantar
kepada Penolong Kanan HEM untuk disemak dan tindakan seterusnya.
61

