Page 65 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 65

•  Keselamatan Harta Benda Sekolah:
                           o  Semua  guru  dikehendaki  memberi  kerjasama  sepenuhnya  dalam  menjaga
                              keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah
                              sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
                              pihak sekolah.
                    •  Kebersihan:
                           o  Mulakan  kelas  dengan  mengutamakan  kebersihan  kelas,  kekemasan  murid,
                              kehadiran (ponteng).
                           o  Setiap  guru  bertanggungjawab  menjaga  kebersihan  sekolah.  Jadual  giliran
                              bertugas  hendaklah  disediakan  oleh  guru  kelas.  Alatan  membersihkan  kelas
                              hendaklah disimpan dengan selamat.
                           o  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungajawab semua guru, staf sokongan
                              dan murid.
                    •  Disiplin Murid:
                           o  Semua  guru  hendaklah  bertanggungjawab  terhadap  disiplin  di  sekolah  dan
                              jangan menolak tanggungjawab ini sebulat-bulatnya kepada Unit Disiplin.
                           o  Guru-guru  bertanggungjawab  mengisi  SSDM  dengan  mengklik  Amalam  Baik
                              Murid pada tapak SSDM yang telah disediakan.
                           o  Kita mestilah bekerjasama untuk menjamin suasana pengajaran/pembelajaran
                              yang baik wujud di sekolah.
                           o  Hukuman rotan hanya boleh dilakukan dengan kelulusan Pengetua. Hukuman
                              rotan  tidak  boleh  dikenakan  ke  atas  murid-murid  perempuan.  Elakkan  dari
                              hukuman  yang  tidak  berfaedah  dan  boleh  membawa  kesan  buruk  seperti
                              hukuman  berjemur  di  tengah  panas,  berdiri  di  atas  meja  atau  kerusi,  berlari
                              beberapa    pusingan   di   atas   padang   dan   sebagainya    yang   tidak
                              berperikemanusiaan termasuk deraan secara emosi.
                           o  Buku peraturan murid hendaklah dijadikan rujukan oleh guru dan murid. Dari
                              masa ke semasa penerangan terhadapnya boleh dilakukan semasa pengajaran
                              Pendidikan Moral / Islam dan mata pelajaran lain yang berkaitan.
                           o  Segala rekod disiplin murid perlu direkodkan dalam Buku Rekod Disiplin.
                    •  Tag Nama Murid:
                           o  Tag nama murid bagi semua tingkatan mesti disediakan apabila sekolah dibuka.
                              Sila semak ejaan nama murid sebelum hantar senarai tersebut.
                    •  Tatacara Mengendalikan Pengiriman Surat Kes Disiplin:
                           o  Bagi Surat Biasa
                                  ▪  Sediakan surat dan sampul surat beralamat lengkap.
                                  ▪  Dapatkan setem dan serahkan untuk dipos.
                           o  Bagi Surat Berdaftar
                                  ▪  Sediakan surat dan sampul surat beralamat lengkap.
                                  ▪  Serahkan surat Tuntut bukti pengiriman dan simpan bukti tersebut.
                           o  Guru  tingkatan  bertanggngjawab  mengemaskini  data  murid  di  dalam  Modul
                              Pengurusan Murid (MPM) dalam pengkalan data APDM secara online. Setiap data
                              akan digunakan untuk tujuan permohonan biasiswa/ KWAPM /eKasih/ EMK/
                              PAJSK/ Bantuan Kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan permohonan
                              online. Data ini boleh dicetak untuk kegunaan murid yang akan berpindah ke
                              sekolah lain.



















                                                           62
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70