Page 805 - SET 1 Koleksi Soalan dan Skema Jawapan SPM KBSM
P. 805

7


                22  Maklumat di bawah mengenai perniagaan Puan Najwa.


                     Puan Najwa telah memulakan perniagaan kedai runcit setelah meletak jawatan sebagai

                     pengurus pasar raya. Sebelum ini, beliau menerima gaji sebanyak RM3 000 sebulan.

                     Beliau telah menggunakan simpanan bank sebanyak RM15 000 yang dibayar faedah
                     4% setahun untuk dijadikan modal perniagaan. Kos-kos bulanan yang terlibat dalam

                     perniagaan ialah kos bahan mentah sebanyak RM3 000, upah buruh sebanyak RM900,
                     dan bil elektrik dan air sebanyak RM1 000.


                     Jika hasil perniagaan bulanan Puan Najwa ialah RM10 000, berapakah untung ekonomi
                     yang diterima oleh beliau?
                     A     RM2 050
                     B     RM3 050
                     C     RM4 900
                     D     RM5 100

                23  Antara  berikut ,faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti sebuah organisasi?
                     I     Proses membuat keputusan yang rumit
                     II    Prosedur kerja yang ringkas dan fleksibel
                     III   Tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan
                     IV    Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya
                     A     I dan II
                     B     I dan IV
                     C     II dan III
                     D     III dan IV



                24  Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila pengeluaran kenderaan bermotor hybrid
                     dipasarkan secara besar besaran?

                     A     Kadar kesesakan yang rendah
                     B     Penebangan hutan yang berleluasa
                     C     Kadar pencemaran bunyi yang tinggi
                     D     Kadar pencemaran udara yang rendah












               SULIT                                                                                  3767/1
   800   801   802   803   804   805   806   807   808   809   810