Page 808 - SET 1 Koleksi Soalan dan Skema Jawapan SPM KBSM
P. 808
10
32. Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
Tarif spesifik sebanyak RM300 dikenakan ke atas setiap unit mesin pemotong daging
yang diimport.
Tarif ad valorem sebanyak 10% dikenakan ke atas kasut sukan yang diimport.
Antara yang berikut, yang manakah tujuan cukai tersebut dikenakan?
I Melindungi industri muda tempatan
II Meningkatkan kecekapan pengeluaran
III Menggalakkan pemindahan teknologi
IV Meningkatkan sumber hasil kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
33. Sekatan bukan ekonomi dikenakan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat
negara. Apakah jenis produk yang akan dikenakan sekatan bukan ekonomi?
A Produk yang tidak tahan lama dan mudah pecah
B Produk yang menepati piawaian dan mutu SIRIM
C Produk yang membahayakan kesihatan pengguna
D Produk yang mematuhi peraturan dan undang-undang
34. Antara berikut, yang manakah merupakan rekod butiran debit dalam imbangan
pembayaran?
I Iran mengimport minyak kelapa sawit bernilai RM150 juta dari Malaysia.
II Jepun memberikan pinjaman bernilai RM1 bilion kepada kerajaan Malaysia.
III Sebuah syarikat tempatan membuka sebuah kilang perabot yang bernilai RM20
juta di Thailand.
IV Sebuah bank perdagangan tempatan memberikan biasiswa bernilai RM10 juta
kepada pelajar tempatan yang ingin melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
35. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM)
dengan Pound Sterling (£) dan Dolar Singapura (SGD).
£1.00 = RM6.00
SGD1.00 = RM 3.00
Berapakah nilai satu Pound Sterling dalam mata wang Dolar Singapura?
A £1.00 = SGD0.50
B £1.00 = SGD1.50
C £1.00 = SGD2.00
D £1.00 = SGD4.50
SULIT 3767/1

