Page 809 - SET 1 Koleksi Soalan dan Skema Jawapan SPM KBSM
P. 809
11
36. Pertukaran asing diperlukan oleh sesebuah negara untuk tujuan
I Membiayai import
II Mendapatkan pinjaman dari luar negara
III Mendapatkan pelaburan langsung asing
IV Mempertahankan nilai mata wang negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan 37 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah
Pilihan Pernyataan I Pernyataan II
A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah
37 I Perbelanjaan pembangunan membolehkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan
beroperasi dengan lancar dan berkesan.
II Perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan merupakan perbelanjaan pembangunan.
38 I Dasar kewangan mengembang digunakan untuk mengatasi masalah deflasi.
II Kerajaan akan membeli surat jaminan kerajaan dalam pelaksanaan dasar kewangan
mengembang.
39 I Pengangguran merupakan penunjuk ekonomi yang mengukur peratus penganggur
dalam kalangan tenaga buruh yang sedia ada dalam sesebuah negara.
II Pengangguran menyebabkan pendapatan negara sebenar lebih daripada
pendapatan negara potensi.
40 I Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang
masuk.
II Imbangan pembayaran lebihan menyebabkan rizab pertukaran asing di bank pusat
bertambah.
SULIT 3767/1

