Page 807 - SET 1 Koleksi Soalan dan Skema Jawapan SPM KBSM
P. 807
9
29 Antara yang berikut, pernyataan manakah berkaitan objektif makroekonomi?
I Taraf hidup dan kos sara hidup masyarakat meningkat
II Aliran wang keluar lebih tinggi daripada aliran wang masuk
III Tenaga buruh digunakan dengan optimum dan jumlah keluaran negara adalah
maksimum
IV Tingkat harga umum tidak mengalami sebarang perubahan atau mengalami
perubahan pada kadar yang rendah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
30 Maklumat dibawah berkaitan dengan sejenis cukai.
Aniesha menerima pendapatan boleh cukai sebanyak RM60 000 setahun manakala
Balqis memperoleh RM18 000 setahun. Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh Aniesha
ialah sebanyak RM4 000 manakala Balqis perlu membayar cukai sebanyak RM130.
Apakah bentuk cukai yang dikenakan terhadap Aniesha dan Balqis?
A Cukai progresif
B Cukai regresif
C Cukai spesifik
D Cukai berkadar malar
31. Maklumat berikut berkenaan kemasukan syarikat multinasional di Malaysia.
Pada tahun 2015, Malaysia berjaya meraih pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak
RM36.1 bilion daripada syarikat-syarikat multinasional dari Amerika Syarikat, Jepun,
Hong Kong dan China. Sektor elektrik dan elektronik merupakan antara subsektor
utama yang dilaburkan oleh syarikat-syarikat tersebut di Malaysia.
Apakah kesan positif yang dibawa oleh pelaburan sedemikian?
A Peningkatan import
B Pemindahan teknologi
C Mobiliti tenaga buruh
D Peningkatan harga barangan
SULIT 3767/1

