Page 16 - 3D STUDIO MAX 6
P. 16

Objektif:

                   Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
                      · Membuat bentuk-bentuk geometri yang asas yang sedia terdapat di dalam Panel
                         Arahan, Standard Primitives.
                      · Meletakkan tesktur kepada objek yang dicipta.

                   Dalam 3D Studio MAX  terdapat beberapa kaedah untuk membentuk model.
                   Sebenarnya model-model yang dibentuk boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang
                   utama iaitu:

                   1.  Bentuk Organik
                   2.  Bentuk Bukan Organik ( Geometri )


                   Bentuk Organik

                   Bentuk organik adalah bentuk benda-benda semula jadi seperti batang kayu, rupa
                   haiwan, manusia, batu-batan dan sebagainya.


                   Bagi Bentuk Bukan

                   Bagi bentuk bukan organik adalah bentuk-bentuk benda yang berdasarkan kepada
                   bentuk geometri yang sedia ada seperti bulatan, segiempat, segitiga, selinder, sfera dan
                   sebagainya.

                   Pada peringkat awal, adalah lebih mudah menggunakan bentuk-bentuk geometri yang
                   disebutkan tadi untuk membuat model. Ini adalah kerana bentuk-bentuk geometri ini
                   lebih mudah dimanipulasikan menjadi objek yang lebih komplek.

                   Sebelum kita dapat membuat model kita hendaklah mengetahui serba sedikit tentang
                   alat-alat yang patut kita gunakan.



                   Panel Arahan ( Command Panel )

                   Untuk membuat sesuatu bentuk objek, kita perlu menggunakan alat-alat yang ada pada
                   Panel Arahan ( Command Panel ) seperti dalam rajah di bawah.
















                   Dalam Panel Arahan terdapat beberapa alat ( Tool ) yang berfungsi untuk membina
                   objek (Create), menyunting objek (Modify), hirarki (Hierarchy), mengawal pergerakan
                   (Motion), mengawal paparan (Display) dan Utiliti.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21