Page 11 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 11
UNIT 2 : MARQUEE, MAGIC WAND DAN MOVE TOOL
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
· menggunakan Marquee Tool untuk memilih sesuatu kawasan (area) dari sesuatu
image.
· menggunakan Magic Wand untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari
sesuatu imej mengikut setting tolerans.
· menggunakan Move Tool untuk memindahkan imej yang dipilih.
Aktiviti 1:
Menggunakan Marquee Tool
Segitiga Kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di
dalam paparanTool Box.
Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis
marquee iaitu:
a. Rectangular Marquee Tool
b. Elliptical Marquee Tool
c. Single Row Marquee Tool
d. Single Column Marquee Tool
Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih
kawasan imej secara segiempat tepat.
Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih
kawasan imej secara membulat.
Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris
melintang (Horizontal line).
Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak
(Vertical line).
Menggunakan Rectangular Marquee Tool
5

