Page 16 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 16
3. Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool.
4. Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara
bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan.
Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis
lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih.
Untuk alat Polygonal Lasso:
Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas bergaris
lurus.
Alat Polygonal
Lasso
Titik – titik telah
bersambung
1. Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak
dipilih.
2. Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk
melengkapkan pilihan.
Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini
boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.
Aktiviti 2
Brush Tool
Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz
ketebalan berus pada menu Brush .
10

