Page 12 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 12
Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan
tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh
dibuat.
Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan:
1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool.
2. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret.
3. Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik
akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.
segiempat tepat atau bulatan
bergariskan titik-titik
4. Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.
Pastikan alat berkenaan masih dipilih,
letakkan kursor dalam pilihan (kursor
bertukar bentuk) , kemudian klik
dan seret. Dengan alat yang masih
dipilih, anda boleh membatalkan pilihan
ini dengan mengklik di luar atau di
dalam pilihan.
Aktiviti 2:
6

