Page 15 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 15
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
· menggunakan alat-alat seperti Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool untuk
membuat sunting atau mengubah sesuatu imej.
· menggunakan Paintbrush Tool meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej.
· menggunakan Airbrush Tool untuk meletakkan warna dalam sesuatu kawasan
imej berdasarkan warna latar belakang atau latar depan.
Aktiviti 1
Menggunakan Lasso Tool
Alat Lasso digunakan untuk membuat pilihan bentuk bebas melalui klik dan seret.
Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu:
a. Lasso Tool
b. Polygonal Lasso Tool
c. Magnetic Lasso Tool.
a. Lasso Tool digunakan untuk
menandakan kawasan melalui kaedah
mengheret tetikus secara bebas
sambil menekan tetikus.
b. Polygonal Lasso Tool pula digunakan
untuk menandakan sesuatu kawasan
secara mengklik dan mengheret
tetikus mengikut kawasan yang
dikehendaki.
c. Magnetic Lasso Tool pula digunakan
untuk menandakan sesuatu kawasan
mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah “gliding” mengikut sempadan
tersebut.
Untuk alat Lasso:
1. Klik Lasso Tool untuk memaparkan palet
opsyen di menu bar.
2.
2. Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased.
Masukkan satu nilai Feather dari 0 – 250
pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan,
kesan Feather akan terhasil apabila kawasan
yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai
Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather
tidak akan kelihatan.
9

