Page 7 - Buku dasar sekolah
P. 7

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                         DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

                                PRAKATA PENGARAH




        Bismillahirrahmanirrahim.

        Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
        Terlebih  dahulu,  saya  mengucapkan  tahniah  atas  kejayaan  penerbitan  buku  Dasar
        Pendidikan Kebangsaan KPM. Buku ini sangat penting kepada semua warga pendidik
        kerana  buku  ini  merupakan  salah  satu  rujukan  utama  KPM  dalam  merancang  dan
        menggubal pelan bertindak dasar pendidikan negara. Untuk itu, buku ini telah disemak
        semula serta ditambah baik dengan menyesuaikan strategi pelaksanaan berdasarkan
        perkembangan dunia pendidikan masa kini.

        Penerbitan buku ini merupakan kesinambungan Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan
        yang  telah  diterbitkan  sebelum  ini  pada  tahun  2004.  Justeru,  kandungan  buku  ini
        dirangka sebagai refleksi terhadap buku yang telah diterbitkan sebelum ini di samping
        mengambil kira perubahan dalam bidang pendidikan yang mungkin berlaku pada masa
        akan datang. Buku ini ditulis dalam bentuk yang mudah dan ringkas dengan harapan
        supaya mudah difahami dan segala aspirasi yang terkandung di dalamnya dapat dihayati
        oleh segenap lapisan masyarakat.
        Penulisan dan penggubalan dasar yang dimuatkan dalam buku ini, telah ditulis semula
        dengan mengambil kira semua input serta pandangan atau cadangan daripada setiap
        bahagian di bawah KPM. Dasar yang dirangka meliputi kesinambungan dasar sedia ada
        serta dasar baru yang akan dilaksanakan agar sistem pendidikan negara ini sentiasa
        relevan dengan sistem pendidikan dunia dewasa ini. Penerbitan buku ini juga diharap
        dapat menjadi garis panduan kepada setiap individu yang terlibat sebagai agen yang
        akan  menggerakkan  jentera  pendidikan  di  negara  ini  ke  arah  memantapkan  sistem
        pendidikan kebangsaan. Secara tidak langsung, buku ini juga dapat memberi gambaran
        kepada setiap warganegara tentang hala tuju pendidikan negara agar dapat sama-sama
        bergerak seiring memacu ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.
        Sebagai mengakhiri prakata ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
        kepada  semua  pihak  yang  terlibat  dalam  memastikan  penerbitan  buku  ini.  Semoga
        komitmen serta kesungguhan ini dapat diteruskan dan menjadi satu sumbangan yang
        amat bermakna untuk negara.










        DR. FARIDAH BINTI ABU HASSAN
        Pengarah
        Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan



     ii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12