Page 10 - Buku dasar sekolah
P. 10

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN  DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           1.0    KURIKULUM KEBANGSAAN



            1.1    PENGENALAN

           1.1.1   Kurikulum  Kebangsaan  merupakan  suatu  program  pendidikan  yang
                  termasuk  kurikulum  dan  kegiatan  kokurikulum  yang  merangkumi  semua
                  pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan.
                  Tujuannya  adalah  untuk  membantu  perkembangan  seseorang  murid
                  dengan  sepenuhnya  dari  segi  jasmani,  rohani,  mental  dan  emosi  serta
                  menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini  untuk menyampaikan
                  pengetahuan. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada:

                  a.   Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

                      Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak bermatlamat untuk
                      memberi asuhan dan didikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak
                      serta  menyediakan  peluang  pembelajaran  yang  dapat  merangsang
                      minda  kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  lahir  hingga  4  tahun.
                      Kurikulum  ini  berfokus  kepada  pertumbuhan  dan  perkembangan
                      holistik  kanak-kanak  daripada  aspek  jasmani,  emosi,  rohani,  intelek
                      dan sosial.

                  b.   Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

                      KSPK  bertujuan  memperkembangkan  potensi  kanak-kanak  berumur
                      4 – 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,
                      emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
                      selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan
                      bermakna. Hal ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
                      keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-
                      kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia
                      untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.
                  c.   Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

                      Kurikulum  Bersepadu  Sekolah  Rendah  (KBSR)  ialah  suatu  program
                      pendidikan  yang  menyeluruh  dan  bersepadu  dari  segi  struktur
                      kandungan,  pendekatan  serta  bahan  pengajaran  dan  pembelajaran.
                      Matlamat  KBSR  adalah  untuk  memperkembangkan  potensi  setiap
                      individu  secara  menyeluruh  bagi  melahirkan  insan  seimbang,
                      harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran
                      dan  nilai  disepadukan  dalam  semua  aktiviti  kurikulum  dan
                      kokurikulum.







                                                                                       1
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15