Page 11 - Buku dasar sekolah
P. 11

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


               d.   Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
                   (Dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2011
                   dengan murid Tahun 1)
                   KSSR bermatlamat untuk memperkembang potensi individu murid secara
                   holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak
                   mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai
                   persediaan untuk menghadapi cabaran semasa dan abad ke-21.
               e.   Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

                   KBSM bermatlamat memperkembang potensi individu secara holistik
                   dengan mengambil kira kebolehan, keupayaan, minat dan bakat murid.
                   Kurikulum ini juga menyediakan murid untuk melanjutkan pendidikan
                   dan/atau untuk menceburi bidang pekerjaan.


         1.2     PERNYATAAN DASAR
        1.2.1   Menyediakan  program  pendidikan  termasuk  kurikulum  dan  kokurikulum
                yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
                dan kepercayaan untuk perkembangan menyeluruh murid dari segi intelek,
                rohani,  emosi  dan  jasmani  bagi  mewujudkan  perpaduan  dan  integrasi
                kaum.


         1.3      STRATEGI PELAKSANAAN

        1.3.1   Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-
                kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan.

        1.3.2   Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap
                mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah.

        1.3.3   Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan
                kurikulum.

        1.3.4   Menyediakan  program  khas  bagi  memastikan  setiap  murid  memperoleh
                literasi dan numerasi selepas tiga tahun persekolahan di Tahap I sekolah
                rendah.

        1.3.5   Menyediakan, menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut
                keperluan semasa dan masa hadapan.

        1.3.6   Menetapkan  peruntukan  waktu  dalam  jadual  waktu  persekolahan
                berdasarkan kursus pengajian dan peruntukan di bawah Akta Pendidikan
                1996.


     2
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16