Page 112 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 112

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2022
                                      PENGURUSAN KOKURIKULUM 2022


                4.1.  GARIS PANDUAN & PERATURAN AKTIVITI LUAR

                     DEFINISI KOKURIKULUM
                     Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja
                     yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran
                     dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
                     menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan
                     mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di
                     dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan
                     iaitu:
                       1.     Unit Badan Beruniform
                       2.     Persatuan / Kelab
                       3.     Sukan / Permainan

                     RASIONAL GERAK KERJA KOKURIKULUM
                       1.     Mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di
                              bilik darjah .
                       2.     Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga
                              antara sekolah dengan masyarakat.
                       3.     Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan
                              berfaedah, di samping memelihara kesihatan fizikal dan mental.
                       4.     Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk
                              kesedaran tentang pemilihan kerjaya.
                       5.     Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan
                              memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan berdikari.

                     MATLAMAT GERAK KERJA KOKURIKULUM
                     Memperkembangkan  potensi  individu  secara  menyeluruh,  seimbang  dan
                     bersepadu  meliputi  aspek-aspek  intelek,  rohani,  emosi  dan  jasmani  bagi
                     melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

                     OBJEKTIF GERAK KERJA KOKURIKULUM
                     Bagi mencapai matlamat tersebut, gerak kerja kokurikulum bertujuan untuk
                     membolehkan pelajar :
                       1.     Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju dan berani menghadapi
                              cabaran.
                       2.     Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi
                              dengan berkesan.

                       3.     Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran
                              yang rasional, kritis dan kreatif.
                       4.     Memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat
                              mengamalkannya dalam kehidupan seharian
                       5.     Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha
                              untuk memeliharanya







                                                           108
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117