Page 114 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 114
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
4.2. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM
1. TUGAS SETIAUSAHA
Fail Mesyuarat Dan Maklumat
1. Menyediakan surat jemputan mesyuarat.
2. Menulis minit mesyuarat semasa mesyuarat kokurikulum dan menyediakan
salinan minit mesyuarat yang lalu dan mengedarannya kepada semua
AJK.
3. Mengemaskini maklumat-maklumat dalam fail induk kokurikulum.
4. Mewakilkan PK Kokurikulum dalam majlis rasmi unit kokurikulum .
5. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
6. Menyediakan laporan unit kokurikulum.
Pentadbiran / Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Takwim
1. Menyelia / memantau aktiviti pelaksanaan Badan Uniform, Kelab dan
Persatuan, Kelab Sukan dan Permainan.
2. Menyelia / memantau aktiviti koku mengikut takwim koku kecuali ada
perubahan serta-merta yang tidak dapat dielakkan. (Perubahan akibat
upacara atau agenda lain yang lebih utama)
3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
2. TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
1. Melaksanakan segala rancangan-rancangan Majlis Sukan Sekolah.
2. Menyelaraskan semua permainan / olahraga
a) Antara kelas, rumah sukan
b) Antara Peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
3. Melaksanakan Rancangan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri.
4. Setiausaha Sukan atas nasihat Guru Besar menetapkan tarikh rumah sukan
mengadakan mesyuarat.
5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga
6. Menguruskan dan menentukan tempat-tempat dan alat-alat permainan
( gelanggang, padang, tiang gol dan lain-lain) adalah dalam keadaan
selamat dan mengikut peraturan-peraturan pertandingan.
7. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan
berdasarkan peruntukan yang ada.
8. Membantu menguruskan, menyemak dan menyelaraskan urusanurusan
kewangan dari guru-guru permainan dan guru rumah.
9. Memesan, menerima dan merekodkan segala pembelian alat-alat,
tambang-menambang, minuman, hadiah dan lain-lain.
10. Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan, membaiki dan
membaharui mana-mana yang perlu.
11. Menyimpan serta menyelenggara stok sukan dengan sempurna dan
kemaskini.
110

