Page 117 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 117
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
12. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kehadiran
dicatatkan.
13. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil Rumah
/ Sekolah.
14. Mengurus surat kebenaran ibubapa / penjaga ke pertandingan luar.
15. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
16. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
8. TUGAS GURU PERMAINAN / PASUKAN SEKOLAH
1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan
dengan
a) Melatih mereka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Sukan
Sekolah.
b) Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan boleh bagi
meningkatkan kemahiran pelajar.
c) Membentuk pasukan sekolah dan rumah mengikut peringkat umur.
d) Mengadakan pemilihan dan latihan.
2. Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya di mana perlu dan juga
menguruskan para penyokongnya.
3. Mengiringi dan menjaga disiplin pemain-pemain pada masa latihan
ataupun semasa perlawanan.
4. Menyediakan segala peralatan kecemasan yang perlu jika berlakunya
kecederaan seperti plaster, ubat luka, kain balutan dan lain-lain.
5. Menguruskan pengangkutan dan surat-surat izin daripada penjaga bagi
pelajar-pelajar yang mewakili pasukan sekolah.
6. Membahagi dan mengumpulkan semua alat-alat sukan yang diberi
kepada pemain-pemain dan bertanggungjawab di atas keselamatan
segala peralatan tersebut.
7. Menyimpan rekod-rekod pertandingan di semua peringkat dan
melaporkannya kepada Setiausaha Sukan atau Ketua Guru Rumah
selepas pertandingan.
4.3. PERLAKSANAAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM SEKOLAH
MASA
ALIRAN BIL. JAM HARI AKTIVITI
PERJUMPAAN
RABU • BADAN BERUNIFORM
4, 5, 6 01.00PM – 03.00PM 2 • KELAB
• PERMAINAN
*Kehadiran adalah WAJIB dan perlu dicatatkan dalam buku rekod kehadiran KOKO
113

