Page 116 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 116

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2022

                  6.   TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM
                        1.   Membentuk jawatan kuasa persatuan / kelab / badan beruniform
                        2.   Memastikan segala aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
                        3.   Memastikan adanya peraturan / perlembagaan.
                        4.   Memastikan  jawatankuasa  menjalankan  tugas  seperti  yang  tercatat
                             dalam perlembagaan.
                        5.   Merancang       aktiviti   tahunan     dengan     kerjasama      pelajar    dan
                             menyerahkannya kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk simpanan
                             rekod.
                        6.   Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
                        7.   Merancang strategi yang sesuai untuk peningkatan prestasi persatuan /
                             kelab / badan beruniform .
                        8.   Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan .
                        9.   Menguruskan kewangan, harta benda dan peralatan persatuan / kelab /
                             badan beruniform.
                        10.   Memastikan  minit  mesyuarat dan laporan  kegiatan disediakan  dan
                             disimpan dalam fail.
                        11.   Melaporkan      kepada       Penolong      Kanan      Kokurikulum     tentang
                             perkembangan persatuan / kelab / badan beruniform.
                        12.   Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti seperti hari
                             Guru, Hari Sukan dan lain-lain.
                        13.   Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar
                             sekolah.
                        14.   Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
                        15.   Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar / disebarkan di kalangan
                             ahli.
                        16.   Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan
                             kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

                   7.  TUGAS GURU RUMAH SUKAN
                        1.   Mendaftarkan pelajar-pelajar mengikut rumah, jantina dan tahun.
                        2.   Ketua  Guru  Rumah  akan  mempengerusikan  mesyuarat  rumah
                             masingmasing.
                        3.   Mematuhi jadual latihan yang ditetapkan dan memastikan kedatangan
                             ahli-ahli dijalankan.
                        4.   Mengawasi keselamatan, kebajikan dan disiplin ahli-ahli rumah sukan.
                        5.   Melatih pelajar dan menentukan semua ahli-ahli rumah diberi kesempatan
                             melibatkan diri dalam setiap acara yang dipertandingkan.
                        6.   Memastikan kegunaan alatan sukan / permainan teratur dan terkawal.
                        7.   Memastikan alat-alat  sukan / permainan  dalam keadaan baik dan
                             bilangannya mencukupi apabila dipulangkan.
                        8.   Melaporkan  kepada  Setiausaha  Sukan  sebarang  kerosakan  atau
                             kehilangan alat-alat yang digunakan.
                        9.   Menyimpan rekod-rekod keputusan pertandingan antara Rumah Sukan.
                        10.   Menjalankan mesyuarat agung Rumah Sukan.
                        11.   Menguruskan latihan Rumah Sukan pada hari-hari yang telah ditetapkan.






                                                           112
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121