Page 96 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 96

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                                           3  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2022

                3.1.   DASAR HAL EHWAL MURID

            Membantu  dalam  perkembangan  diri  dan  sahsiah  murid  supaya  murid  berfungsi  sebagai  individu
            yang  seimbang,  berdikari,  berpengetahuan  dan  berkemahiran,  berfikiran  kreatif  dan  kritikal,
            memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

                                                          VISI
                                  ‘Melahirkan Murid Cemerlang, Bijaksana Dan Amanah'

                                                          MISI
                      ‘Memupuk Tingkah Laku Cemerlang, Bestari, Berketrampilan Dan Beramal Soleh'

                                                       OBJEKTIF
            Pengurusan HEM SK FAKEH ABD. SAMAD mempunyai objektif :-
            1.  Sentiasa menasihati dan mengingatkan murid-murid agar tahap disiplin dan tingkah laku murid
                sentiasa memuaskan serta terkawal.
            2.  Menasihati  dan  mengingatkan  murid-murid  tentang  amalan  yang  membangunkan  agama
                dalam diri dan keluarga.
            3.  Berusaha  mengurangkan  beban  murid-murid  yang  mempunyai  masalah  kewangan  dan
                pembelajaran.
            4.  Berusaha meningkatkan hubungan yang  baik  dan  akrab  di  kalangan murid-  murid, guru,
                ibubapa dan komuniti setempat.
            5.  Berusaha mengadakan kursus-kursus motivasi bagi membantu meningkatkan prestasi kendiri dan
                pencapaian pelajaran murid-murid.
            6.  Sentiasa berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberi ilham, petunjuk, hidayah dan rahmatNya
                dalam pengurusan hal ehwal kemanusiaan dan alam pendidikan.


                     DASAR AM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK FAKEH ABD. SAMAD



            DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
                •   Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
                •   Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan
                    keputusan yang dibuat.
                •   Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih
                    sayang.

            DASAR 2 : PENDAFTARAN MURID
                •   Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan
                •   Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam
                    Sistem Maklumat Murid (SMM).
                •   Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
                •   Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa pada akhir Disember/awal Januari

            DASAR 3 : PELANTIKAN PENGAWAS
                •   Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.
                •   Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
                •   Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru Lembaga Disiplin
                    Sekolah.
                •   Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian murid.






                                                            92
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101