Page 97 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 97
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
DASAR 4 : PENGURUSAN DISIPLIN
• Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
• Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan
serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.
• Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
• Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Ibu
bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau
berulang melebihi 4 kali.
• Sekolah perlu mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin pelajar.
• Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan
atau menulis surat kepada pihak sekolah.
• Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng
sekolah.
DASAR 5 : KEBAJIKAN
• Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
• Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa
jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.
• Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga
maruah pelajar tersebut.
• Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut;
KWAPM
& MISKIN TEGAR
-
-
• Pemilihan berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan.
• RMT dijalankan waktu rehat dan susu diberi pada waktu pagi*
• Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap
kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau.
• AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa
waktu rehat.
93

