Page 98 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 98

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


            DASAR 6 : KAUNSELING
                •   Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.
                •   Guru  bimbingan  bekerjasama  dengan  pihak  pentadbir  dan  AJK  Disiplin  bagi  menjayakan
                    kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan badan-badan luar
                    yang berkaitan.

            DASAR 7 : KESELAMATAN
                •   Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka  berada di
                    kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
                •   Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu mengisi Borang
                    Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
                •   Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
                •   Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
                •   Alat pemadam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
                •   Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
                •   Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari. 2 orang pengawal pada
                    waktu siang dan 2 orang pada waktu malam.

            DASAR 8 : KESIHATAN
                •   Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program
                    yang dirancang seperti
                       o  Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun
                       o  Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6
                       o  Program RMT
                       o  Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
                       o  Ceramah dan kempen mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada
                           ibu bapa / penjaga
                •   Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
                •   Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga
                    terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
                •   Pihak sekolah akan berusaha  membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
                    kesihatan.
                •   Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab
                    sekurang-kurangnya sekali setahun.

            DASAR 9 : KECERIAAN & KEBERSIHAN
                •  Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid bagi memastikan kelas berada dalam keadaan
                    bersih dan sesuai untuk proses pembelajaran berlaku.
                •  Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
                •  Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun.
                •  Mengadakan pertandingan keceriaan kelas sepanjang tahun.

            DASAR 10: DATA & REKOD
                •  Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.
                •  Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan dalam Sistem Maklumat
                    Murid (SSM)
                •  Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa disimpan di pejabat setelah dicatat kehadiran
                    oleh guru kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
                •  Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
                •  Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.















                                                            94
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103