Page 99 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 99

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


               3.2.   MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HEM DAN SAHSIAH MURID

            Kejayaan  cemerlang  sesebuah  sekolah  banyak  bergantung  kepada  bagaimana  sekolah
            menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid- muridnya.
            Sehubung  dengan  itu,  Pengurusan  Hal  Ehwal  Murid  dan  sahsiah  pelajar  sekolah  telah
            menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai.

            Matlamat-matlamat tersebut ialah :
                •  Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap
                    dan kemaskini.
                •  Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
                •  Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
                •  Memastikan kemenjadian murid dari aspek sahsiah dan moral tinggi.
                •  Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari
                    guru-guru.
                •  Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak
                    bermoral seperti berikut;
                       o  Ponteng sekolah
                       o  Merokok
                       o  Pergaduhan
                       o  Kelakuan lucah
                       o  Membuli
                       o  Kurang ajar atau biadap
                       o  Merosakkan harta benda sekolah/awam (Vandalisme)
                       o  Memastikan  pelajar  sekolah  ini  yang  bermasalah  ekonomi  dan
                           pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
                       o  Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang
                           dirancang oleh pihak sekolah.
                       o  Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga
                           dan harta benda sekolah.
                       o  Menggalakkan pelajar sekolah ini  sentiasa berusaha menjaga dan
                           menaikkan nama sekolah.
                       o  Dan lain-lain pelanggaran disiplin






































                                                            95
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104