Page 14 - tmp
P. 14

PERATURAN AM


               1.0       ARAHAN AM KEPADA GURU

               1.1     Guru hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan,  Etika
                       Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia.

               1.2     Guru hendaklan bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi
                       Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sekolah Rendah Islam 1.

               1.3     Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.

               1.4      Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu
                       permulaan sekolah.  Guru dikehendaki melakukan ”punch card” sebaik sahaja tiba ke
                       sekolah setiap hari persekolahan.  Guru juga dikehendaki melakukan ”punch card ”
                       sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi sesuatu urusan.  Ia akan
                       disemak oleh Pihak Pengurusan  sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan.

               1.5      Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah
                         memberitahu  pihak  sekolah  lebih  awal  dengan  apa  cara  sekalipun  atau  sebelum  bermulanya
                       waktu pertama untuk tujuan menempatkan Guru Ganti, bukan mendiamkan diri dan menyerahkan
                       `Cuti Sakit’ pada hari berikutnya.

               1.6      Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai
                       telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan Perguruan
                       dan tindakan tatatertib  boleh diambil ke atasnya.

               1.7      Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan.

                       (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika
                       Bertugas Di Sekolah).

               1.8       Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti  rasmi yang
                       dianjurkan oleh sekolah.

               1.9       Guru-guru mesti berada di sekolah  sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang hendak
                       keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Guru Besar. Catatkan butiran
                       dalam Buku Keluar-Masuk dan dapatkan Slip Kebenaran Khas Guru Besar sebelum
                       meninggalkan kawasan sekolah.

               1.10     Merokok  adalah dilarang di kawasan sekolah. Sila rujuk dan patuhi  Surat Pekeliling
                       Ikhtisas  Bil 5/1997

               1.11     Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara lisan
                       atau tulisan tanpa mendapat kelulusan Guru Besar terlebih dahulu. Urusan dengan pihak
                       luar mestilah melalui Guru Besar.

               1.12     Guru-guru dilarang melayan atau membuat sebarang urusan dengan penjual / pembekal /
                       kontraktor. Guru-guru juga tidak dibenarkan meminta tajaan dari pihak penjual /
                       pembekal / kontraktor tanpa kebenaran Guru Besar.

               1.13    Semua guru adalah Guru Disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap pelajar-
                       pelajar yang didapati melanggar peraturan di dalam dan di luar sekolah.

               1.14     Pada akhir semester / cuti penggal, semua tugas dan tanggungjawab hendaklah
                       disempurnakan.  Semua  kunci  bilik khas / kunci sekolah hendaklah dipulangkan  ke


                                                              13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19